Cara Membuat Kue Ice Cream Oreo



Resep kue ice cream oreo mempunyai rasa yang enak, lembut dan creamy, wajib dicoba ya : mari kita simak cara membuat nya

RESEP Kue Ice Cream Oreo
=======================

SPONGE CAKE :

Bahan A :
120 gm gula kastor
4 biji telur (B)
1/4 tsp esen vanilla

Bahan B :
110 gm tepung gandum - diayak

Bahan C :
70 gm mentega cair atau minyak masak

Cara membuat :
1. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
2. Masukkan bahan B dan sebatikan dengan rata.
3. Masukkan bahan C dan gaulkan. Warnakan adunan ikut pilihan. (saya guna warna merah seperti Rahel). Bahagikan kepada 2 bahagian.
4. 1 bahagian adunan dibakar didalam loyang bulat 8 inci (yang ini untuk base aiskrim) selama 20 minit pada suhu 175'C.
5. Manakala 1 bahagian lagi dibakar didalam loyang empat segi 8"x8" (yang ini untuk dialas bahagian tepi loyang) selama 20 minit juga pada suhu 175'C.

NOTA: Setelah kek masak, segera dikeluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya. Kek ini sangat lembut dan gebu, jadi tidak perlu diletak baking powder didalam adunan ini.

BAHAN KUE ICE CREAM:
1.5 liter ice cream vanilla (ikut pilihan)
50 gm coklat masakan (disagat)
16 keping biskut oreo yang sudah dibuang krimnya dan dipotong kecil-kecil
Sponge cake : 1 biji
Acuan : Springform 8 inci, lapik dasarnya dengan plastik

Cara-cara :
1. Ambil kek yang dibakar tadi (dalam loyang bulat 8 inci), letakkan dalam acuan springform 8 inci.
2. Kemudian ambil kek yang dibakar (dalam loyang empat segi 8"x8") dan potong ikut ketinggian tepi loyang. Alaskan tepi loyang dengan kemas agar adunan ice cream tidak meleleh keluar.
3. Satukan ice cream dan potongan biskut oreo, kaupbalik kemudian tuangkan ke dalam acuan yang berisi kek tadi, isikan sampai penuh, taburkan dengan coklat sagat (saya tabur dengan baki oreo crumbs) dipermukaan atasnya. Bungkus kemas dengan cling wrap plastic dan simpan dalam peti sejuk beku (freezer) selama 6 jam atau semalaman

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel